Sabtu, 7 Julai 2012

logo_mbaca



KEMPEN MEMBACA


Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. 


OBJEKTIF 
  • Menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca 
  • Memupuk kesedaran betapa pMerapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
  • Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas
  • Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang
  • Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan
  • Merapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
  • Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif

Bulan Julai telah dipilih sebagai BULAN MEMBACA. Pada setiap tahun di negara kita Bulan Membaca ini akan disambut manakala perpustakaan tidak kira perpustakaan sekolah atau awam akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan orang ramai membaca. Hasil kajian mendapati kadar literasi rakyat Malaysia masih rendah. Dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, penguasaan ilmu sangat penting. Tanpa ilmu masakan seseorang itu dapat memajukan dirinya. Jika individu itu tidak dapat memajukan dirinya bagaimana pula dia hendak memajukan masyarakatnya dan jika masyarakat tidak maju mana mungkin masyarakat itu dapat memajukan negaranya. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan membaca sebagai amalan kita.


Tahukah anda siapa Ikon Membaca Kebangsaan tahun 2012?


Ya, tak lain dan tak bukan beliau ialah mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir b Mohamad.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan