Sabtu, 3 November 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


Kem Membaca 1Malaysia dan READ2012

Program gerakan penerapan tabiat membaca ini merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan  untuk membina serta menerapkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

.
Objektif Kem Membaca 1Malaysia ialah

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
  2. Mengerakan program/aktiviti galakan membaca
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga sepanjang hayat)
  4. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bulan Bahasa pada bulan Oktober, oleh itu program ini merupakan salah satu akviti komplimen bagi bulan tersebut.

SEPANJANG PROGRAM READ 2012



Ahad, 28 Oktober 2012

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


Marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa"


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-bahasa-jiwa-bangsa.html#ixzz2AbinryY2

Sabtu, 22 September 2012

Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 1


TERUSKAN MEMBACA....KLIK DI SINI

Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 1

Teringat senikata lagu ni.....

Baca, baca olehmu,
membaca buku menimba ilmu,
maju,majulah bangsaku,
mari membaca................

KEPENTINGAN MEMBACA



KLIK DI SINI UNTUK TERUS MEMBACA...........


Kepentingan Membaca



1Malaysia For Youth (1M4U) Theme Song

UCAPAN TAKZIAH

Takziah diucapkan di atas pemergian Allahyarham  Cikgu Mazlan ke rahmatullah pada hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama-sama orang yang soleh. Al-Fatihah....

 

Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

Ahad, 16 September 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA

 
 
 
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukkan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan kepada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung. Tetapi, mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Sabtu, 15 September 2012

KEM NILAM NEGERI SELANGOR

Tiga orang wakil daerah Kuala Selangor ke Kem Nilam Negeri iaitu:

Kategori SK

i - Siti Hanie Izzati - SK Puncak Alam (2)
ii - Nur Hanisah - SK Bukit Badong

Kategori SMK
i - Nurul Ain Nabila - SMK Puncak Alam

Tokoh Nilam (SK) - Sofea Arissa (SK Seksyen 9,Shah Alam)
Tokoh Nilam (SMK) - KISAS


dari kiri : Nur Hanisah,Ckg Imtisal,Siti Hanie Izzati,Nurul Ain Nabila dan Ckg Azmi Bohari(JU Utama)


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151193538920100&set=a.10151193538805100.501551.271034830099&type=1&relevant_count=8

Kem Nilam Negeri Selangor 2012


Isnin, 10 September 2012

KEM NILAM DAERAH / NEGERI


 KEM NILAM ZON
Kem Nilam peringkat zon telah diadakan pada 8 Ogos 2012 di PKG Bukit Badong. Dua orang murid SKPA2 telah menyertainya iaitu Siti Hanie Izzati dan Nureen Afrina dari kelas 5 Anugerah.


KEM NILAM DAERAH

Siti Hanie Izzati telah terpilih ke Kem Nilam Daerah bersama 4 orang lagi peserta dari PKG Bukit Badong bagi kategori sekolah rendah. Siti Hanie Izzati telah mendapat JOHAN TOKOH NILAM DAERAH. Tahniah!

KEM NILAM NEGERI

Siti Hanie Izzati sekali lagi terpilih untuk mewakili daerah Kuala Selangor ke Kem Nilam Peringkat negeri Selangor. Kem ini akan bermula pada 11 hingga 14 September 2012. Sama-samalah kita doakan kejayaan Siti Hanie.

Ujian yang akan dilaluinya ialah
i- ujian bertulis BM dan BI
ii- pengucapan awam/public speaking
iii- ujian individu BM/BI
iv- ujian kumpulan BM/BI
v- penilaian juga dibuat berdasarkan penyertaan dalam ko-akademik (sekolah,zon,daerah,negeri,kebangsaan dan antarabangsa)

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

SELAMAT MENJAWAB KEPADA SEMUA MURID-MURID TAHUN 6 YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR PADA HARI INI 11 -13 SEPTEMBER 2012. WARGA SKPA2 MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA. INGAT TIPS-TIPS YANG TELAH DIBERIKAN. JAWAB DENGAN TENANG.
 
 
 
 
 
 
 


Selasa, 31 Julai 2012

BULAN PUSAT SUMBER -6 JULAI HINGGA 3 OGOS 2012

Assalamua'laikum wbt. dan Selamat Sejahtera,
      Untuk pengetahuan semua warga SKPA2 Bulan Pusat Sumber sedang berjalan akan berakhir pada 3 Ogos 2012. Cabutan Bertuah kepada pengunjung bertuah PSS telahpun disampaikan oleh Tn Hj. Muhammed Adzhar b. Hj Alias, Guru Besar Cemerlang SKPA2 pada hari Isnin 30 Julai 2012. Tahniah kepada pengunjung bertuah PSS. Para peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti PSS harap dapat bersabar kerana hadiah akan disampaikan setelah selesai semua aktiviti.
Salah seorang pengunjung bertuah PSS menerima hadiah daripada guru besar.

Majlis Perasmian Bulan PSS oleh PK Pentadbiran  En  Abu Hassan  b  Abdul  Majid.
Murid-murid sedang mengisi borang pengunjung bertuah.


Pertandingan Pidato yang diadakan di PSS.



ENJIN CARIAN DALAM BENTUK 3D





search_cube_4

Sabtu, 14 Julai 2012

Sabtu, 7 Julai 2012

logo_mbaca



KEMPEN MEMBACA


Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. 


OBJEKTIF 
  • Menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca 
  • Memupuk kesedaran betapa pMerapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
  • Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas
  • Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang
  • Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan
  • Merapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
  • Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif

Bulan Julai telah dipilih sebagai BULAN MEMBACA. Pada setiap tahun di negara kita Bulan Membaca ini akan disambut manakala perpustakaan tidak kira perpustakaan sekolah atau awam akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan orang ramai membaca. Hasil kajian mendapati kadar literasi rakyat Malaysia masih rendah. Dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, penguasaan ilmu sangat penting. Tanpa ilmu masakan seseorang itu dapat memajukan dirinya. Jika individu itu tidak dapat memajukan dirinya bagaimana pula dia hendak memajukan masyarakatnya dan jika masyarakat tidak maju mana mungkin masyarakat itu dapat memajukan negaranya. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan membaca sebagai amalan kita.


Tahukah anda siapa Ikon Membaca Kebangsaan tahun 2012?


Ya, tak lain dan tak bukan beliau ialah mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir b Mohamad.



Ahad, 1 Julai 2012

CERAMAH TENTANG KITAR SEMULA OLEH TETRA PEK


Pihak Tetra Pek telah datang ke sekolah untuk memberi ceramah tentang KITAR SEMULA dan kepentingannya kepada warga sekolah pada 26 Jun 2012.

Selasa, 26 Jun 2012

KITAR SEMULA- RECYCLE,REDUSE,REUSE


Sudu-sudu plastik yang telah digunakan boleh dikumpul dan kita hasilkan terendak lampu.

Khamis, 21 Jun 2012

CARA MUDAH HAFAL SIFIR DARAB

Foto: Bolehlah ajar kat anak-anak sifir ni yer...

Pelajar yang masih tercari-cari cara mudah menghafal sifir bolehlah cuba cara ini.

Rabu, 20 Jun 2012

PELAJAR SKPA2 ANTARA YANG MENYERTAI FESTIVAL ANTARABANGSA KANAK-KANAK DI POLAND

Tahniah! Sekali lagi pelajar SKPA2 terpilih ke Festival Antarabangsa Kanak-kanak kali kedua tapi kali ini ke Poland pula. Pada tahun 2010, SKPA2 mewakili Malaysia ke Kocaeli,Turki. Syabas terutama guru-guru  yang telah melatih dan pelajarnya yang tak jemu-jemu berlatih.TERBAIK................

KEPENTINGAN MEMBACA

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.






Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.






Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.


Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.






Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.



Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik.


Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

Isnin, 11 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKPA2. Semoga penggal ini akan membawa lebih keceriaan dan lebih kejayaan kepada kita semua. Kepada pelajar-pelajar tahun 6 masa untuk main-main sudah tiada tapi masih boleh main untuk kecergasan badan.


Rabu, 6 Jun 2012

BACATHON 2012

Transit Venus

Boleh cuba layari web ini untuk maklumat lanjut http://shadowandsubstance.com/
Kejadian transit venus yang berlaku pada 6 Jun 2012 atau planet Zuhrah yang melintasi antara bumi dan matahari. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam 100 tahun.

Rabu, 30 Mei 2012

PERKHEMAHAM UNIT UNIFORM 2012

Perkhemahan Unit Uniform 2012 telah diadakan di Dusun Saujana, Gombak bermula pada 25 - 27 Mei 2012.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU-GURU DI SKPA2

Selamat bercuti............jaga diri,jaga kesihatan, jaga keselamatan diri.Cuti-cuti juga....ulangkaji pelajaran jangan lupa.

Sabtu, 26 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU DI SKPA2

Selamat Hari Guru,selamat hari guru,selamat hari guru....... selamat hari guru............

cepat,cepat cikgu habiskan,siapa cepat habiskan dia menang..........