Ahad, 31 Mac 2013

PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY




Pengenalan

Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan 
adalah  bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan 
mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat 
menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.

 Definisi dan Tujuan Pengkelasan
Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang , mata pelajaran 
perkara dan topik

 Tujuan
1. Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke  
tempat asal
2. Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.
3. Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang.
4. Memudahkan proses semakan stok.
5. Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod 
pinjaman.
6. Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara 
merujuk  kepada nombor pengelasan yang diperlukan




Sejarah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC)
Melville Louis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku di mana sistem 
ini akhirnya digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor 
pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam 
kelas-kelas tertentu. Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan semua ilmu
pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan seperti berikut:


 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
000  KARYA AM
100  FALSAFAH
200  AGAMA
300  SAINS KEMASYARAKATAN
400  BAHASA
500  SAINS TULEN
600  TEKNOLOGI
700  KESENIAN
800  KESUSASTERAAN
900  GEOGRAFI dan SEJARAH

Untuk pengetahuan anda biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan DDC. Jenis 
buku ini dikenali dengan huruf ‘F” sahaja. Contoh ‘FM’ untuk Fiksyen Bahasa Melayu dan „FI‟ untuk 
Fiksyen Bahasa Inggeris.

Melville Louis Kossuth Dewey


Sabtu, 30 Mac 2013

MAKLUMAT PADA SESEBUAH BUKU....


Membaca Banyak Faedahnya...............



Membaca sangat penting kerana 
  • jika anda tahu membaca,
  • anda akan dapat belajar apa saja tentang semua perkara dan
  • anda dapat belajar tentang semua perkara tentang apa saja.....

Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya...

Gambar: Hahaha.. Tepat dan padat...

Like | Comment | Share

PROGRAM NILAM




Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

Apa itu NILAM?

NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Rasional
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.

Matlamat
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Objektif Program
  • menjadikan murid banyak membaca
  • menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi membina tabia membaca


Komponen dalam Program NILAM

 Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
 


Khamis, 28 Mac 2013

SALAM PERTEMUAN....

Selamat Sejahtera ,Salam 1 Malaysia.....semoga semua warga SKPA2 sihat sejahtera hendaknya. Bertemu kembali kita di Blog PSS SKPA2. Harapan PSS SKPA2 semoga tahun 2013 akan terus membawa kecemerlangan. Walaupun pada awal tahun kita semua menerima berita yang menyedihkan dengan pemergian arwah Junaidah pembantu Pra Permata ke rahmahtullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Kita yang masih hidup seharusnya lebih cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan kita di dunia ini. Kepada guru besar yang baru sahaja bertukar ke SKPA2 diucapkan 'SELAMAT DATANG'. Semoga dengan kehadiran En Abdul Aziz b. Mohamed ke SKPA2 akan terus membawa kami ke arah kecemerlangan.